Kamis, 06 Oktober 2016

Gambar SPRM Jumpa Wang RM3 Juta Dalam Almari


GAMBAR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai berjumlah RM3 juta di dalam almari milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, kini tersebar menjadi viral di media sosial.SUMBER: BH ONLINE

Wang tunai itu dilaporkan dirampas SPRM ketika satu operasi dijalankan, petang semalam.

Difahamkan, penemuan itu dipercayai antara terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

Terdahulu, SPRM melaporkan telah menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu pada Selasa kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan.

Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010, yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.


Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Posting Komentar

Mohon komentarnya untuk postingan ini :)