Kamis, 20 Oktober 2016

Soalan Pertama Dari Mastura Ini Tarik Perhatian Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Datin Mastura Mohd Yazid yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada Isnin lalu, mengajukan soalan pertamanya dalam sidang Dewan Rakyat pada hari keempat hari ini.

Dalam sesi pertanyaan lisan, beliau bertanya sama ada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersedia untuk melaksanakan program 'rent to own' ke seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Tan Sri Noh Omar sebelum menjawab soalan berkenaan mengucapkan tahniah kepada Mastura atas kemenangannya dalam pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun lalu.

"Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dengan kemenangan PRK lalu. Walaupun tidak keluar rumah, masih boleh menang," katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan susulan kematian penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

0 comments:

Posting Komentar

Mohon komentarnya untuk postingan ini :)