Morsi, dan lima lagi pemimpin pertubuhan Islam berpengaruh itu, dikenakan hukuman tersebut berhubung kes lari dari penjara semasa revolusi 2011 menggulingkan Hosni Mubarak.
Beliau yang dipilih menjadi presiden pada 2012 dijatuhkan oleh tentera susulan bantahan meluas terhadap kepemimpinan setahun kemudian.
Morsi masih menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan berkaitan terorisme dan masih dibicarakan bagi pertuduhan-pertuduhan lain.
Hukuman penjara seumur hidup 21 anggota Ikhwanul Muslimin juga dibatalkan oleh mahkamah sama hari ini.
Morsi lari dari penjara Wadi Natroun pada Januari 2011 dan didapati bersalah berpakat dengan militan asing untuk membebaskan pejuang-pejuang Islam yang dipenjara.
Themalaymailonline.com
0 comments:
Posting Komentar
Mohon komentarnya untuk postingan ini :)