Sabtu, 26 November 2016

Isteri Tok Guru Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan

Ahli keluarga dan kenalan menunggu jenazah di rumah mayat Hospital Daerah Baling.

BALING - Isteri kepada pengasas pondok Misbah Al-Falah Kampung Banggol Berangan, Mukim Kupang di sini, meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama anaknya terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil, pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Minah Jaafar,67 bersama anak sulungnya, Sopiullah Omar Zuhdi,47 dalam perjalanan ke sebuah madrasah di Bukit Selambau, Sungai Petani.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, kereta jenis Honda Accord dipandu Sopiullah dari arah Parit Panjang cuba mengelak motosikal dari arah sama di sebuah selekoh sebelum bertembung dengan bas arah Kuala Ketil.

Akibat kemalangan itu Minah patah di kedua-dua bahagian tangan kanan dan cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital daerah Baling jam 10.10 pagi.

Sopiullah yang masih menerima rawatan di hospital sama mengalami cedera di tulang bahagian badan dan patah kaki di bahagian kanan.

Minah Jaafar yang merupakan isteri kedua kepada pengasas meninggalkan lapan orang anak.

Pondok Misbah Al-Falah atau dikenali sebagai Pondok Lanai ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi pada tahun 1958 dan menjadi tumpuan masyarakat hingga kini.

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Posting Komentar

Mohon komentarnya untuk postingan ini :)